1. Dalam membicarakan tentang Che Siti Wan Kembang terlebih
dahulu kami ingin memperbetulkan sedikit tentang nama peribadi baginda.Mengikut apa yang difahamkan
daripada gelaran sebenar
keturunan kami ialah terdapat seperti berikut: Nik, Tuan, Raja, Wan, Che , Che Ku Long, Wan,
Che Wan dan Nang ada juga Tan.Lazimnya Cik digunakan kepada kaum Perempuan yang belum lagi berkahwin manakala Encik pula adalah gelaran kepada kaum Lelaki. Dengan itu kami telah bersepakat bahawa nama sebenar ialah ; Che Siti Wan Kembang, bukannya Cik Siti Wan Kembang. Dalam
pertengahan Abad 12, Kerajaan Seri Vijaya bertukar menjadi Islam dan Rajanya bergelarSultan. Dari rangkaian ini datangnya Sultan Ahmad, hasil perkahwinan dengan Che Banun Puteri Seri maharaja maka lahirlah Che Siti Wan Kembang seorang Raja Perempuan pada zaman dahulu bersemayam di Gunung Cinta Wangsa. Pada masa yang sama disebelah timur diperintah olehRaja Sakti (Raja Jembal) Sultan
Ahmad mangkat ketika Che SitiWan Kembang berumur 4 tahun. Pemerintahannya dipangku oleh Sultan Husin sepupu bondanya. Apabila Sultan Husin mangkat, ditabalkan Che Siti WanKembang menjadi Raja
(1610-1677m)

2. Che Siti Wan Kembang memang saorang Puteri yang jelita,
perkasa dan seorang pendekar. Baginda begitu kuat
berpegang kepada Agama dan solihah. Baginda berjiwa halus dan
berhati suci serta berbudi
lohor. Baginda telah bertemu saekor anak Kijang yang sakit (patah kakinya) lalu diambil dibela hingga sembuh dan menjadi binatang kesayangannya sehingga lambang kijang dijadikan logo lambang negeri Kelantan dan dipergunakan didalam wang Malaysia hingga kehari ini.

3. Baginda sangat baik dengan rakyat dan pedagang pedagang.
Rakyat Sangat suka kepada baginda. Pedagang Pedangan
Arab memanggil baginda dengan nama Paduka Che Siti dan baginda banyak
menerima hadiah hadiah.Gelaran Siti memang dipakai kepada gadis gadis cantik,peramah dan baik hati. Baginda suka buat kenduri menjamuorang. Che Siiti dididik dengan Agama dan kerohanian (kesufian) serta berbudi pekerti tinggi bersopan santun dan manis perilakunya, lagi bangsawan. Baginda boleh dikatakan seorang yang lemah lembut tetapi tegas dalam hal pentadbiran.Baginda tidak berkahwin konon disebabkan tunangnya terkorban dalam satu pergaduhan. Ini menandakan baginda seorang
puteri yang jujur.

4. Ada juga yang mengatakan bahawa CSWK adalah orang yang
sama dengan PuteriSaadung. Kata teka ini boleh diterima
oleh kerana baginda telah mengambil Puteri
Saadung untuk dijadikan anak angkatnya serta mengharapkan supaya
menggantinya kelak akan mewarisi takhta kerajaannya. Justeru itu Puteri
Saadung telah diasuh dengan baik serta diperturunkan segala Ilmu kebatinan, pendekar dan amalan kerohanian. Pendek kata Perwatakan Che Siti Wan Kembang tidak lari daripada Perwatakan Baginda Puteri Saadung yang boleh kita mengetahui daripada Sejarah Puteri Saadung dan Juga Sejarah Kerajaan Jembal.

5. Kami anak cucu Raja Jembal telah bersepakat bahawa kami lebih percaya kepada apa yang diceritakan oleh datuk nenek kami daripada setengah setengah penulisan sejarah lebih lebih lagi penulisan orintalis dan orang-orang upahan, kerana apa yang diceritakan oleh datuk nenek kami mengenai Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadung dan Kerajaan Jembal lebih selaras dan sepakat.Dalam sesetengah penulisan
buku, terdapat banyak berbeza dan berlawanan antara setengah dengan setengah yang
lain. Bahkan juga dianggap insan-insan yang boleh dikatakan suci seperti Hang Tuah, Puteri Saadung, Mahsuri juga Che Siti Wan Kembang dilebel dan disenaraikan sebagai tokoh tokoh legenda dan perkara-perkara barokah dan karomah dinggap Mitos, tahyul dan Dongeng. Bukan sedikit pemikiran, pegangan
dan sikap hidup bangsa kita dan Umat Islam didunia telah dirosakkan oleh Penulisan Sejarah. Natijahnya kami terpaksa menyentuh sedikit mengenai Puteri Saadung dan Kerajaan Jembal disini kerana tiga serangkai ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan lagi.
IMBASAN SEJARAH DAN PERWATAKAN PUTERI SAADONG
1. Dalam masa Pemerintahan
Kerajaan Jembal yang diperintahkan oleh Sultan Adiluddin
(Raja Loyor -
1649-1663) , Raja Jembal 11, Baaginda mempunyai 2 orang Putera/Puteri iaitu seorang
bernama Raja Sakti 11 manakala seorang lagi bernama Puteri Meriam yang dikenali
dengan nama Puteri Saadung.
1649-1663) , Raja Jembal 11, Baaginda mempunyai 2 orang Putera/Puteri iaitu seorang
bernama Raja Sakti 11 manakala seorang lagi bernama Puteri Meriam yang dikenali
dengan nama Puteri Saadung.
Hubungan Che Siti Wan Kembang dengan Raja Loyor sangat
erat. Che Siti menyembah mohon perkenan
daripada Raja Loyor untuk mengambil dan membawa balik Puteri Saadung untuk dijadikan anak angkatnya.
daripada Raja Loyor untuk mengambil dan membawa balik Puteri Saadung untuk dijadikan anak angkatnya.
2. Puteri Saadung seorang yang jelita dan dididik dengan agama dan kerohanian sehingga
menjadi Puteri Solihah, berjiwa halus dan berhati suci. Puteri Saadung adalah dianggap sebagai bayangan CSWK.Kejelitaan Puteri Saadung telah sampai kepada PengetahuanRaja Siam. Lalu menghantar pinangan tetapi ditolak oleh CSWK. Puteri Saadung segera dikahwinkan dengan sepupunya
Raja Abdullah dan bersemayam di Kota Jelasin. Raja Siam mahu tebus malu lalu hantar tenteranya menyerang Kelantan. Puteri Saadung dan suaminya pindah ke Kota Mahligai dekat Melor. Oleh sebab terlalu sedih dan bersimpati di atas peristiwa itu yang menyebabkan ramai rakyat terkorban dan cedera,
Puteri Saadung dengan berani dan cekal hatinya sanggup pergi ke negeri Siam. Tiba disana Maharaja Siam cuba untuk menyentuhnya tetapi dengan izin Tuhan Keromah Puteri Saadung telah zahir tiba
tiba iatu seluruh badan Maharaja Siam ditumbuhi dengan kudis gatal. Puas Maharaja Siam berubat dan
berbomoh tetapi tidak sembuh sembuh lalu Maharaja Siam memberi syarat kepada TuanPuteri Saadung supaya mengubatinya. Jika sembuh Maharaja Siam berjanji akan menghantar balik Puteri Saadung ke Kelantan. Lalu Puteri yang karomah memohon doa kehadrat Allah Subhanahu wataal agar disembuh semula penyakit Maharaja Siam. Cara mengubati balik mengikut kata orang orang tua dengan cara Puteri Saadung merendam kakinya dalam air yang dibubuh dalam besen dan disuruh minum dan dilumur kepada Maharaja siam. Takdir Allah Subhanahu Wataala penyakit Maharaja Siam sembuh
sertamerta. Lalu Maharaja Siam memerintah kepada Hulubalangnya supaya menghantar balik Tuan Puteri Saadung ke Kelantan.
WATAK DAN PERWATAKAN BAGINDA CHE SITI WAN KEMBANG
1. Baginda Che Siti Wan Kembang mempunyai perwatakan yang sama dengan perwatakan Puteri Saadung (Raja Jembal) juga seorang Pemerintah Kelantan semasa pemerintahan Raja Abdullah.
(1663-1671) berpusat di Kota Jelasin / Kota Mahligai.
2. Baginda CSWK juga dikatakan seorang yang peramah juga mempunuyai perhubungan baik dengan
pemerintah lain untuk persahabatan serta urusniaga. Contohnya baginda telah mengunjungi dan mengadap Paduka Raja Loyor (Raja Jembal) sehingga baginda dapat ampun perkenan Paduka Raja Loyor
untuk mengambil Puteri Saadung menjadi anak angkatnya.
3. Baginda seorang Solihah, karomah dan juga mempunyai ilmu
kebatinan serta pancake silat. Semua Ilmu
kebatinan telah dipeturunkan kepada Paduka Puteri Saadung anak angkatnya.
Justeru itu apabila
Kelantan diserang oleh tentera Siam maka dapat Puteri Saadung mempertahankan diri. Namun demikian Puteri Saadung mempunyai sikap belas kesian terhadap rakyat lalu dia sanggup pergi mengadap Raja Siam. Raja Siam tidak boleh berbuat apa-apa. Ceritanya sepertimana diceritakan dalam Imbasan Perwatakan Puteri Saadung tadi.

KESIMPULAN
1.
Kami Para Pegawai
dan AJK Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan bersepakat mengatakan
bahawa Perwatakan, Social dan Seni Budaya CSWK adalah lebih kurang
sama dengan Perwatakan baginda Puteri Saadung.
2.
Baginda CSWK sudah
tentu mempunyai Karomah dan ilmu kebatinan serta ilmu pendekar yang
hebat walau pun inya seorang Puteri.
Sumber : http://pkrjk.blogspot.com/