Ahad, 8 Julai 2012

Jom Gi Kelantan International Bike Week 2012




TARIKH : 6,7 & 8 JULAI 2012.
LOKASI : PERKARANGAN STADIUM SULTAN MOHD KE 4.
PENDAFTARAN : RM50 – 2 HELAI T SHIRT,GOODIES BAG,RIDES,  LUNCH,GRAND DINNER(LUCKY DRAW-3  BUAH MOTOSIKAL BERKUASA 125cc-150cc DAN BANYAK LAGI).
ANJURAN : KERAJAAN NEGERI KELANTAN.
ATURCARA PROGRAM:
6 JULAI :3ptg-12mlm-
  • PENDAFTARAN PESERTA & GOODIES BAG. (DIIRINGI PALUAN REBANA UBI,DIKIR BARAT,WAYANG KULIT DLL).
7 JULAI :8.30pg-9pg
  • PESERTA BERKUMPUL DITAPAK EVENT
  • UCAPAN PERASMIAN & PELEPASAN KONVOI OLEH YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA MENTERI BESAR KEL
  • RIDES KE RANTAU PANJANG(MASJID BEIJING)-KE R.PANJANG FREE DUTY(SHOPPING)-KE TUMPAT(SLEEPING BUDDHA)-
  • LUNCH DIPANTAI SRI TUJUH
  • PULANG KE KOTA BHARU.
2ptg-8mlm-FREE & EASY.
8.15mlm-11.00mlm
  • GRAND DINNER DI DEWAN JUBLI MPKB PADANG PERDANA(BERDEKATAN STADIUM)
  • UCAPAN,PERSEMBAHAN,CENDERAHATI KEPADA KELAB KELAB & YG PALING SPECIAL LUCKY DRAW(3 BUAH MOTOSIKAL 125-150cc,TV PLASMA 32″,HELMET,RIDING BOOT, JACKET,PORCH BAG,SADDLE BAG,ENGINE OIL DAN LAIN LAIN).
8 JULAI : 9pg
  • BIKERS BERANGKAT PULANG.
SEMPENA DGN TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012(TMK 12), MARILAH KITA SEMUA MEMERIAHKANNYA DEMI UNTUK MEMARTABATKAN LAGI DUNIA PEMOTORAN TANAHAIR.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi : En. Baihaki Muhammad 0179780020 atau Che Sue 0139975799


Sumber : www.cutikelantan.com

Sabtu, 7 Julai 2012

JOM GI FESTIVAL FLORA KELANTAN 2012


Festival Flora Kelantan 2012 diadakan di Taman Orkid Tengku Anis, Jalan Pak Nik Lah, Padang Tembak, Pengkalan Chepa, Kelantan sempena Tahun Melawat Kelantan 2012. Tema Festival ini ialah " Orkid : Anggun Mempesona ". Festival ini bermula pada 4 Julai dan akan berakhir pada 10 Julai 2012, dibuka bermula 10.00 pagi hingga 11.00 malam.

Di antara  aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa festival ini ialah :
  • Pertandingan Orkid
  • Pertandingan Bongsai dan Gubahan
  • Pertandingan Mewarna
  • Pertandingan Fotografi dan Memancing
  • Pertandingan Bunga Kertas dan Bunga Aromatik
  • Gerai Nurseri/ Landskap dan Jualan
  • Gerai Pameran Agensi Kerajaan dan Swasta
  • Persembahan Kebudayaan
Antara foto-foto yang sempat dirakam......








Kepada mereka yang belum lagi menjejakkan kaki ke sini,Jangan lepaskan peluang keemasan ini kerana terdapat pelbagai lagi jenis Orkid dipamerkan dan pelbagai aktiviti jualan dan pertandingan diadakan sepanjang Festival ini berlangsung sebelum ia melabuhkan tirainya pada 10 Julai 2012 nanti. 

Sabtu, 30 Jun 2012

JOM TENGOK KELANTAN INTERNATIONAL BOXING CHALLENGE 2012







12 negara sertai kejohanan tomoi Siam

 KOTA BHARU — Sebanyak 34 peserta dari 12 negara, termasuk jaguh antarabangsa, akan menyertai kejohanan tiga hari tomoi Siam antarabangsa ”Royal Kelantan International Boxing Challenge 2012” di Stadium Sultan Muhammad IV di sini yang bermula Hari ini,1-3 Julai 2012.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, negara yang mengambil bahagian ialah Malaysia, Myanmar, Australia, Algeria, China, Thailand, Belanda, New Zealand, Iran, Costa Rica, England dan Ireland.
Bercakap dalam sidang media di Pusat Dagangan Kelantan di sini hari ini, beliau berkata, walaupun pernah diadakan beberapa kali sebelum ini, namun tahun ini kejohanan berkenaan diadakan khusus sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2012.
Tiga kategori akan dipertandingkan iaitu super fight, title belt dan special fight.— BERNAMA
 

Isnin, 4 Jun 2012

Jom ke Pesta Wau Antarabangsa Kelantan Kali Ke-30.



Pesta Wau Antarabangsa Kelantan pada tahun 2012 akan di berlangsung pada 5-9 Jun 2012 di Pantai Geting Tumpat Kelantan.
Pesta ini diadakan setiap tahun di Kelantan yang sudah masuk kali yang ke – 30. Tahun ini dijangka lebih meriah kerana bersempena dengan Tahun Melawat Kelantan 2012.
Pelbagai acara menarik menanti anda. Yang pasti, pesta ini akan disertai oleh peserta dalam dan luar negara.
Saksikanlah pelbagai jenis wau yang dipersembahkan oleh peserta antarabangsa mahupun tempatan.
Wau tradisi seperti wau bulan, wau merak, wau kucing, wau jalabudi dan lain-lain lagi boleh disaksikan.
Selain wau tradisi, anda boleh menikmati layang-layang moden yang sememangnya membuatkan pesta ini lebih meriah dengan corak dan rekabentuk warna-warni dan penuh kreatif.
Jika anda bercuti di Kelantan pada tarikh tersebut, jangan lepaskan peluang ini.
Untuk acara lengkap, klik gambar di bawah.




Keterangan lanjut, hubungi:
Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan atau layari www.tic.kelantan.gov.my
Kredit : www.facebook.com/tic.kelantan


Ahad, 1 Januari 2012

2012 - TAHUN MELAWAT KELANTAN





Syukur pada Tuhan kerana kemunculan Tahun 2012 membawa sekali lagi TAHUN MELAWAT KELANTAN 2012 ringkasnya TMK@12.
Sesungguhnya Negeri Kelantan, yang turut bergelar "Serambi Mekah" dan "Tanah Serendah Sekebun Bunga" ini telah sedia tersohor do segenap peta pelancongan dunia dek 1001 keunikan asli, seni, budaya, peninggalan warisan dan alam semula jadi yang sentiasa dijaga dan dipelihara.

TMK@12 telah membuka tirainya di sepanjang tahun 2012 ini dengan pelbagai aktiviti dan program yang menarik, pastinya akan meninggalkan kenangan manis terpahat di hati setiap pelancong budiman yang mengunjunginya.
"Kelantan destinasi unik anda.."

Sabtu, 12 November 2011

JoM bErHibuR!!!