Sabtu, 22 September 2012

CIK SITI WAN KEMBANG



1. Dalam membicarakan tentang Che Siti Wan Kembang terlebih dahulu kami ingin memperbetulkan sedikit tentang nama peribadi baginda.Mengikut apa yang difahamkan daripada gelaran sebenar
keturunan kami ialah terdapat
seperti berikut: Nik, Tuan, Raja, Wan, Che , Che Ku Long, Wan,
Che Wan dan Nang ada juga
Tan.Lazimnya Cik digunakan kepada kaum Perempuan yang belum lagi berkahwin manakala Encik pula adalah gelaran kepada kaum Lelaki. Dengan itu kami telah bersepakat bahawa nama sebenar ialah ; Che Siti Wan Kembang, bukannya Cik Siti Wan Kembang. Dalam
pertengahan Abad 12, Kerajaan
Seri Vijaya bertukar menjadi Islam dan Rajanya bergelarSultan. Dari rangkaian ini datangnya Sultan Ahmad, hasil perkahwinan dengan Che Banun Puteri Seri maharaja maka lahirlah Che Siti Wan Kembang seorang Raja Perempuan pada zaman dahulu bersemayam di Gunung Cinta Wangsa. Pada masa yang sama disebelah timur diperintah olehRaja Sakti (Raja Jembal) Sultan
Ahmad mangkat ketika Che SitiWan Kembang berumur 4
tahun. Pemerintahannya dipangku oleh Sultan Husin sepupu bondanya. Apabila Sultan Husin mangkat, ditabalkan Che Siti WanKembang menjadi Raja
(1610-1677m)
 
2. Che Siti Wan Kembang memang saorang Puteri yang jelita, perkasa dan seorang pendekar. Baginda begitu kuat berpegang kepada Agama dan solihah. Baginda berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi
lohor. Baginda telah bertemu
saekor anak Kijang yang sakit (patah kakinya) lalu diambil dibela hingga sembuh dan menjadi binatang kesayangannya sehingga lambang kijang dijadikan logo lambang negeri Kelantan dan dipergunakan didalam wang Malaysia hingga kehari ini.

3. Baginda sangat baik dengan rakyat dan pedagang pedagang. Rakyat Sangat suka kepada baginda. Pedagang Pedangan Arab memanggil baginda dengan nama Paduka Che Siti dan baginda banyak
menerima hadiah hadiah.Gelaran Siti memang dipakai
kepada gadis gadis cantik,peramah dan baik hati. Baginda suka buat kenduri menjamuorang. Che Siiti dididik dengan Agama dan kerohanian (kesufian) serta berbudi pekerti tinggi bersopan santun dan manis perilakunya, lagi bangsawan. Baginda boleh dikatakan seorang yang lemah lembut tetapi tegas dalam hal pentadbiran.Baginda tidak berkahwin konon disebabkan tunangnya terkorban dalam satu pergaduhan. Ini menandakan baginda seorang
puteri yang jujur.


4. Ada juga yang mengatakan bahawa CSWK adalah orang yang sama dengan PuteriSaadung. Kata teka ini boleh diterima oleh kerana baginda telah mengambil Puteri Saadung untuk dijadikan anak angkatnya serta mengharapkan supaya menggantinya kelak akan mewarisi takhta kerajaannya. Justeru itu Puteri
Saadung telah diasuh dengan
baik serta diperturunkan segala Ilmu kebatinan, pendekar dan amalan kerohanian. Pendek kata Perwatakan Che Siti Wan Kembang tidak lari daripada Perwatakan Baginda Puteri  Saadung yang boleh kita mengetahui daripada Sejarah Puteri Saadung dan Juga Sejarah Kerajaan Jembal.

5. Kami anak cucu Raja Jembal
telah bersepakat bahawa kami lebih percaya kepada apa yang diceritakan oleh datuk nenek kami daripada setengah setengah penulisan sejarah lebih lebih lagi penulisan orintalis dan orang-orang upahan, kerana apa yang diceritakan oleh datuk nenek kami mengenai Che Siti Wan Kembang, Puteri Saadung dan Kerajaan Jembal lebih selaras dan sepakat.Dalam sesetengah penulisan
buku, terdapat banyak berbeza
dan berlawanan antara setengah dengan setengah yang
lain. Bahkan juga dianggap
insan-insan yang boleh dikatakan suci seperti Hang Tuah, Puteri Saadung, Mahsuri juga Che Siti Wan Kembang dilebel dan disenaraikan sebagai tokoh tokoh legenda dan perkara-perkara barokah dan karomah dinggap Mitos, tahyul dan Dongeng. Bukan sedikit pemikiran, pegangan
dan sikap hidup bangsa kita
dan Umat Islam didunia telah dirosakkan oleh Penulisan Sejarah. Natijahnya kami terpaksa menyentuh sedikit mengenai Puteri Saadung dan Kerajaan Jembal disini kerana tiga serangkai ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dan tidak boleh dipisahkan lagi.

IMBASAN SEJARAH DAN PERWATAKAN PUTERI SAADONG

1. Dalam masa Pemerintahan


Kerajaan Jembal yang diperintahkan oleh Sultan Adiluddin (Raja Loyor -
1649-1663) , Raja Jembal 11,
Baaginda mempunyai 2 orang Putera/Puteri iaitu seorang
bernama Raja Sakti 11
manakala seorang lagi bernama Puteri Meriam yang dikenali
dengan nama Puteri Saadung.


Hubungan Che Siti Wan Kembang dengan Raja Loyor sangat erat. Che Siti menyembah mohon perkenan
daripada Raja Loyor untuk
mengambil dan membawa balik Puteri Saadung untuk dijadikan anak angkatnya.

2. Puteri Saadung seorang yang
jelita dan dididik dengan agama dan kerohanian sehingga
menjadi Puteri Solihah, berjiwa
halus dan berhati suci. Puteri Saadung adalah dianggap sebagai bayangan CSWK.Kejelitaan Puteri Saadung telah sampai kepada PengetahuanRaja Siam. Lalu menghantar pinangan tetapi ditolak oleh CSWK. Puteri Saadung segera dikahwinkan dengan sepupunya
Raja Abdullah dan bersemayam
di Kota Jelasin. Raja Siam mahu tebus malu lalu hantar tenteranya menyerang Kelantan. Puteri Saadung dan suaminya pindah ke Kota Mahligai dekat Melor. Oleh sebab terlalu sedih dan bersimpati di atas peristiwa itu yang menyebabkan ramai rakyat terkorban dan cedera,
Puteri Saadung dengan berani
dan cekal hatinya sanggup pergi ke negeri Siam. Tiba disana Maharaja Siam cuba untuk menyentuhnya tetapi dengan izin Tuhan Keromah Puteri Saadung telah zahir tiba
tiba iatu seluruh badan
Maharaja Siam ditumbuhi dengan kudis gatal. Puas Maharaja Siam berubat dan
berbomoh tetapi tidak sembuh
sembuh lalu Maharaja Siam memberi syarat kepada TuanPuteri Saadung supaya mengubatinya. Jika sembuh Maharaja Siam berjanji akan menghantar balik Puteri Saadung ke Kelantan. Lalu Puteri yang karomah memohon doa kehadrat Allah Subhanahu wataal agar disembuh semula penyakit Maharaja Siam. Cara mengubati balik mengikut kata orang orang tua dengan cara Puteri Saadung merendam kakinya dalam air yang dibubuh dalam besen dan disuruh minum dan dilumur kepada Maharaja siam. Takdir Allah Subhanahu Wataala penyakit Maharaja Siam sembuh
sertamerta. Lalu Maharaja Siam
memerintah kepada Hulubalangnya supaya menghantar balik Tuan Puteri Saadung ke Kelantan.

WATAK DAN PERWATAKAN
BAGINDA CHE SITI WAN KEMBANG

1. Baginda Che Siti Wan
Kembang mempunyai perwatakan yang sama dengan perwatakan Puteri Saadung (Raja Jembal) juga seorang Pemerintah Kelantan semasa pemerintahan Raja Abdullah.
(1663-1671) berpusat di Kota
Jelasin / Kota Mahligai.

2. Baginda CSWK juga
dikatakan seorang yang peramah juga mempunuyai perhubungan baik dengan
pemerintah lain untuk
persahabatan serta urusniaga. Contohnya baginda telah mengunjungi dan mengadap Paduka Raja Loyor (Raja Jembal) sehingga baginda dapat ampun perkenan Paduka Raja Loyor
untuk mengambil Puteri
Saadung menjadi anak angkatnya.

3. Baginda seorang Solihah, karomah dan juga mempunyai ilmu kebatinan serta pancake silat. Semua Ilmu kebatinan telah dipeturunkan kepada Paduka Puteri Saadung anak angkatnya. Justeru itu apabila
Kelantan diserang oleh tentera
Siam maka dapat Puteri Saadung mempertahankan diri. Namun demikian Puteri Saadung mempunyai sikap belas kesian terhadap rakyat lalu dia sanggup pergi mengadap Raja Siam. Raja Siam tidak boleh berbuat apa-apa. Ceritanya sepertimana diceritakan dalam Imbasan Perwatakan Puteri Saadung tadi.

KESIMPULAN

1.       Kami Para Pegawai dan AJK Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan bersepakat mengatakan bahawa Perwatakan, Social dan Seni Budaya CSWK adalah lebih kurang sama dengan Perwatakan baginda Puteri Saadung.
2.       Baginda CSWK sudah tentu mempunyai Karomah dan ilmu kebatinan serta ilmu pendekar yang hebat walau pun inya seorang Puteri.

Sumber : http://pkrjk.blogspot.com/

Jumaat, 7 September 2012

RM2 Makan Sampai Kenyang


KUALA KRAI – Dengan hanya RM2.00 pengunjung bebas untuk memakan buah-buahan tempatan sehingga puas. Bukan itu sahaja, sekiranya berhasrat untuk membawa pulang, harga yang ditawarkan juga amat istimewa kerana ia lebih murah daripada harga di pasaran.
Itulah keistimewaan Festival Makanan dan Buah-Buahan Antarabangsa Kelantan yang diadakan selama tiga hari di sini baru-baru ini.

Festival yang menghimpunkan pelbagai jenis makanan dan buah-buahan tempatan itu diadakan khusus sempena Tahun Melawat Kelantan 2012 dan ia merupakan salah satu daripada 10 program utama pelancongan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri.

Pada festival tersebut juga orang ramai terutama pelancong asing dapat merasai masakan tempatan yang ada di antaranya amat jarang ditemui pada masa ini.

Malah, sempena acara penutup festival tersebut, pelancong tempatan dan asing dibawa bersama-sama dengan kepemimpinan kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menaiki kereta api dari Wakaf Bharu hingga ke Kuala Krai.

Ia merupakan serampang dua mata untuk mempromosikan pelancongan di negeri ini dengan menaiki kereta api di samping memeriahkan festival tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, festival tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelancong dan masyarakat malah ia di luar jangkaan penganjur.

“Program ini amat istimewa, pemilihan Kuala Krai kerana kesesuaiannya yang mempunyai banyak dusun buah-buahan, kita juga mahu mempromosikan daerah ini sebagai kawasan kunjungan pelancong untuk buah-buahan.

“Kuala Krai ini juga amat menarik kerana ia adalah ‘zon lemang’, pada festival ini kita menunjukkan cara lemang dihasilkan bermula peringkat awal sehingga ia dibakar dan orang ramai boleh menikmatinya secara percuma.

“Untuk makluman, pesta buah-buahan ini diadakan bagi mempromosi buah-buahan tempatan dengan tema ‘RM2 Makan Sampai Kenyang’ dan bagi mereka yang mahu membawa pulang ia dijual dengan harga istimewa,” katanya pada majlis Penutup Festival Makanan dan Buah-Buahan Antarabangsa Kelantan.

Tambah Takiyuddin, Kuala Krai juga mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia satu-satunya kawasan yang mempunyai spesies ikan Krai.

Sementara itu, seorang pelancong dari New Zealand, Raphael Faure, 30, berkata, program tersebut mampu menarik pelancong luar datang ke negeri ini.

Katanya, ia memberikan pengalaman yang berguna kepada mereka untuk merasai sendiri makanan dan buah-buahan tempatan.

“Di tempat kami, makanan dan buah-buahan ini tidak banyak malah suasananya juga amat berbeza. Di sini kami dapat melihat bagaimana masakan tempatan dimasak, rasanya juga enak biarpun ada di antaranya agak pedas.

“Saya berharap program seperti ini akan diteruskan. Ia pendedahan yang amat berguna, saya juga suka menaiki kereta api kerana ia membawa kami meneroka suasana sebenar kampung,” katanya.

Dalam pada itu, Julie Richoz, 27, berkata, pengalaman yang dilalui adalah satu kelainan dan tidak dapat dirasai di negara-negara lain.

“Buah-buahan di sini amat berbeza, sebagai contoh durian, saya tidak katakan ia tidak bagus tetapi ia berbeza.

“Saya berharap satu hari nanti dapat kembali ke sini lagi dan meluangkan masa lebih lama merasai cara hidup sebenar di kampung,” katanya. – Utusan Malaysia