1. Dalam membicarakan tentang Che Siti Wan Kembang terlebih
dahulu kami ingin memperbetulkan sedikit tentang nama peribadi baginda.Mengikut apa yang difahamkan
daripada gelaran sebenar
keturunan kami ialah terdapat
seperti berikut: Nik, Tuan, Raja, Wan, Che , Che Ku Long, Wan,
Che Wan dan Nang ada juga
Tan.Lazimnya
Cik digunakan kepada kaum Perempuan yang belum lagi berkahwin manakala Encik
pula adalah gelaran kepada kaum Lelaki. Dengan
itu kami telah bersepakat bahawa nama sebenar ialah ; Che Siti Wan
Kembang, bukannya Cik Siti Wan Kembang. Dalam
pertengahan Abad 12, Kerajaan
Seri Vijaya bertukar menjadi Islam
dan Rajanya bergelarSultan. Dari rangkaian ini datangnya
Sultan Ahmad, hasil perkahwinan dengan Che
Banun Puteri Seri maharaja maka lahirlah Che Siti Wan Kembang
seorang Raja Perempuan pada zaman dahulu bersemayam di Gunung Cinta Wangsa.
Pada masa yang sama disebelah timur diperintah
olehRaja Sakti (Raja Jembal) Sultan
Ahmad mangkat ketika Che SitiWan Kembang berumur 4
tahun. Pemerintahannya dipangku
oleh Sultan Husin sepupu bondanya. Apabila
Sultan Husin mangkat, ditabalkan
Che Siti WanKembang menjadi Raja
(1610-1677m)
2. Che Siti Wan Kembang memang saorang Puteri yang jelita,
perkasa dan seorang pendekar. Baginda begitu kuat
berpegang kepada Agama dan solihah. Baginda berjiwa halus dan
berhati suci serta berbudi
lohor. Baginda telah bertemu
saekor anak Kijang yang sakit (patah
kakinya) lalu diambil dibela hingga sembuh dan
menjadi binatang kesayangannya
sehingga lambang kijang dijadikan logo lambang negeri Kelantan dan dipergunakan
didalam wang Malaysia hingga kehari ini.
3. Baginda sangat baik dengan rakyat dan pedagang pedagang.
Rakyat Sangat suka kepada baginda. Pedagang Pedangan
Arab memanggil baginda dengan nama Paduka Che Siti dan baginda banyak
menerima hadiah hadiah.Gelaran Siti memang dipakai
kepada gadis gadis cantik,peramah dan baik hati. Baginda
suka buat kenduri menjamuorang. Che Siiti dididik dengan
Agama dan kerohanian (kesufian)
serta berbudi pekerti tinggi bersopan santun dan
manis perilakunya, lagi bangsawan.
Baginda boleh dikatakan seorang yang lemah
lembut tetapi tegas dalam hal pentadbiran.Baginda tidak berkahwin
konon disebabkan tunangnya terkorban dalam
satu pergaduhan. Ini menandakan
baginda seorang
puteri yang jujur.
4. Ada juga yang mengatakan bahawa CSWK adalah orang yang
sama dengan PuteriSaadung. Kata teka ini boleh diterima
oleh kerana baginda telah mengambil Puteri
Saadung untuk dijadikan anak angkatnya serta mengharapkan supaya
menggantinya kelak akan mewarisi takhta kerajaannya. Justeru itu Puteri
Saadung telah diasuh dengan
baik serta diperturunkan segala Ilmu
kebatinan, pendekar dan amalan kerohanian. Pendek kata Perwatakan Che Siti Wan Kembang
tidak lari daripada Perwatakan Baginda Puteri Saadung yang boleh
kita mengetahui daripada Sejarah Puteri Saadung dan Juga Sejarah
Kerajaan Jembal.
5. Kami anak cucu Raja Jembal
telah bersepakat bahawa kami lebih
percaya kepada apa yang diceritakan oleh datuk
nenek kami daripada setengah setengah penulisan sejarah lebih
lebih lagi penulisan orintalis dan orang-orang
upahan, kerana apa yang diceritakan
oleh datuk nenek kami mengenai Che Siti Wan
Kembang, Puteri Saadung dan Kerajaan Jembal lebih selaras dan
sepakat.Dalam sesetengah penulisan
buku, terdapat banyak berbeza
dan berlawanan antara setengah
dengan setengah yang
lain. Bahkan juga dianggap
insan-insan yang boleh dikatakan
suci seperti Hang Tuah, Puteri Saadung, Mahsuri juga
Che Siti Wan Kembang dilebel dan disenaraikan
sebagai tokoh tokoh legenda dan perkara-perkara barokah dan
karomah dinggap Mitos, tahyul dan Dongeng. Bukan
sedikit pemikiran, pegangan
dan sikap hidup bangsa kita
dan Umat Islam didunia telah dirosakkan
oleh Penulisan Sejarah. Natijahnya kami terpaksa menyentuh sedikit mengenai
Puteri Saadung dan Kerajaan Jembal disini kerana
tiga serangkai ini mempunyai kaitan yang sangat rapat dan tidak
boleh dipisahkan lagi.
IMBASAN SEJARAH DAN PERWATAKAN PUTERI SAADONG
1. Dalam masa Pemerintahan
Kerajaan Jembal yang diperintahkan oleh Sultan Adiluddin
(Raja Loyor -
1649-1663) , Raja Jembal 11,
Baaginda mempunyai 2 orang Putera/Puteri
iaitu seorang
bernama Raja Sakti 11
manakala
seorang lagi bernama Puteri Meriam yang dikenali
dengan nama Puteri Saadung.
Hubungan Che Siti Wan Kembang dengan Raja Loyor sangat
erat. Che Siti menyembah mohon perkenan
daripada Raja Loyor untuk
mengambil
dan membawa balik Puteri Saadung untuk dijadikan
anak angkatnya.
2. Puteri Saadung seorang yang
jelita dan dididik dengan agama dan
kerohanian sehingga
menjadi Puteri Solihah, berjiwa
halus dan berhati suci. Puteri Saadung
adalah dianggap sebagai bayangan CSWK.Kejelitaan
Puteri Saadung telah sampai kepada PengetahuanRaja
Siam. Lalu menghantar pinangan tetapi ditolak
oleh CSWK. Puteri Saadung segera dikahwinkan dengan sepupunya
Raja Abdullah dan bersemayam
di Kota Jelasin. Raja Siam mahu tebus
malu lalu hantar tenteranya menyerang Kelantan. Puteri Saadung dan suaminya
pindah ke Kota Mahligai dekat Melor. Oleh sebab terlalu sedih dan bersimpati
di atas peristiwa itu yang menyebabkan ramai
rakyat terkorban dan cedera,
Puteri Saadung dengan berani
dan cekal hatinya sanggup pergi
ke negeri Siam. Tiba disana Maharaja Siam cuba
untuk menyentuhnya tetapi dengan
izin Tuhan Keromah Puteri Saadung telah zahir
tiba
tiba iatu seluruh badan
Maharaja
Siam ditumbuhi dengan kudis gatal. Puas Maharaja Siam berubat dan
berbomoh tetapi tidak sembuh
sembuh lalu Maharaja Siam memberi
syarat kepada TuanPuteri Saadung supaya mengubatinya. Jika sembuh Maharaja
Siam berjanji akan menghantar balik Puteri
Saadung ke Kelantan. Lalu Puteri
yang karomah memohon doa kehadrat Allah Subhanahu
wataal agar disembuh semula penyakit Maharaja Siam. Cara mengubati
balik mengikut kata orang orang tua dengan cara
Puteri Saadung merendam kakinya
dalam air yang dibubuh dalam besen dan disuruh
minum dan dilumur kepada Maharaja
siam. Takdir Allah Subhanahu Wataala penyakit
Maharaja Siam sembuh
sertamerta. Lalu Maharaja Siam
memerintah kepada Hulubalangnya
supaya menghantar balik Tuan Puteri Saadung ke Kelantan.
WATAK DAN PERWATAKAN
BAGINDA
CHE SITI WAN KEMBANG
1. Baginda Che Siti Wan
Kembang
mempunyai perwatakan yang sama dengan perwatakan Puteri Saadung (Raja
Jembal) juga seorang Pemerintah Kelantan semasa
pemerintahan Raja Abdullah.
(1663-1671) berpusat di Kota
Jelasin / Kota Mahligai.
2. Baginda CSWK juga
dikatakan
seorang yang peramah juga mempunuyai perhubungan baik dengan
pemerintah lain untuk
persahabatan
serta urusniaga. Contohnya baginda telah mengunjungi dan mengadap Paduka
Raja Loyor (Raja Jembal) sehingga baginda dapat
ampun perkenan Paduka Raja Loyor
untuk mengambil Puteri
Saadung
menjadi anak angkatnya.
3. Baginda seorang Solihah, karomah dan juga mempunyai ilmu
kebatinan serta pancake silat. Semua Ilmu
kebatinan telah dipeturunkan kepada Paduka Puteri Saadung anak angkatnya.
Justeru itu apabila
Kelantan diserang oleh tentera
Siam maka dapat Puteri Saadung
mempertahankan diri. Namun demikian Puteri
Saadung mempunyai sikap belas
kesian terhadap rakyat lalu dia sanggup pergi
mengadap Raja Siam. Raja Siam tidak boleh berbuat apa-apa. Ceritanya
sepertimana diceritakan dalam Imbasan Perwatakan Puteri Saadung tadi.
KESIMPULAN
1.
Kami Para Pegawai
dan AJK Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan bersepakat mengatakan
bahawa Perwatakan, Social dan Seni Budaya CSWK adalah lebih kurang
sama dengan Perwatakan baginda Puteri Saadung.
2.
Baginda CSWK sudah
tentu mempunyai Karomah dan ilmu kebatinan serta ilmu pendekar yang
hebat walau pun inya seorang Puteri.
Sumber : http://pkrjk.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan